Kini rakyat Malaysia mempunyai sumber lebih menyeluruh bagi nasihat kewangan serta saluran sehenti dalam talian untuk meneroka, membuat keputusan dan memohon produk kewangan bersesuaian sambil menikmati tawaran eksklusif – dengan penggabungan RinggitPlus.com – laman perbandingan dan permohohan produk kewangan, dan SaveMoney.my – laman menyampaikan maklumat tentang kewangan peribadi.
Gabungan secara sah telah berlangsung pada Mac 2014 selepas kesinambungan hubungan kerjasama tidak rasmi di antara pengasas kepada kedua-dua laman tersebut sejak April 2013. Melalui penggabungan ini, Saving Plus Sdn Bhd telah ditubuhkan – dibentuk dari Ascension Lab Sdn Bhd, syarikat pemilik laman RinggitPlus.com dan Saving Experts Sdn. Bhd, syarikat pemilik laman SaveMoney.my.
Hasil daripada penggabungan ini, pasukan dari kedua-dua laman ini kini beroperasi di bawah satu bumbung sebagai satu pasukan yang bersepadu dan saling melengkapi untuk membantu warga Malaysia mendapat lebih nilai dari bank-bank dan syarikat-syarikat insurans mereka sekaligus membentuk hubungan strategik dalam kemampuan membuat keputusan serta perlaksanaan. Seluruh ahli pasukan memberikan komitmen 100% dan bersatu padu dalam membina masa depan yang sama untuk mencapai visi dan impian yang dikongsi bersama. SaveMoney.my masih menumpu kepada memperkasakan rakyat Malaysia dalam membuat keputusan kewangan peribadi paling tepat, sementara RinggitPlus.com komited dalam memastikan mereka menemui dan mendapatkan promosi serta produk terbaik.
Secara keseluruhan, RinggitPlus.com dan SaveMoney.my dilawati oleh lebih 500,000 pengguna Malaysia yang dewasa setiap bulan. Kumpulan Saving Plus juga mengedarkan lebih daripada 50,000 naskah majalah SaveMoney di Lembah Klang setiap bulan. Mereka juga mempunyai lebih 120,000 ahli dalam talian dan bakal memproses lebih 100,000 permohonan produk kewangan tahun ini. Dengan saiz keahlian itu, Saving Plus berbangga memiliki komuniti kewangan yang terbesar di Malaysia. Semua permohonan produk kewangan dibuat melalui RinggitPlus.com, di mana promosi eksklusif ditawarkan serentak dengan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.
Untuk memilih produk kewangan yang paling sesuai untuk anda, layari RinggitPlus.com dan untuk mendapatkan nasihat bagi menguruskan kewangan anda, layari SaveMoney.my.