Jenama Urban Decay, Clarisonic atau Biotherm memang tidak asing lagi buat wanita yang menggemari alat solek dan juga produk penjagaan wajah. Hujung tahun ini, pelbagai perayaan dan juga musim cuti sekolah, justeru itu ramai yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan hadiah untuk yang tersayang. Baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk hadir ke acara Beauty At The Beast di mana, pelbagai produk kecantikan berjenama berkongsi maklumat tentang produk terkini dan juga Holiday Collection mereka dan juga cara menjaga kecantikan wajah dengan baik. Di sini, penulis ingin berkongsi produk terkini dari tiga jenama iaitu Urban Decay, Clarisonic atau Biotherm.
URBAN DECAY
Mereka telah berkongsi pelbagai produk terkini di bawah jenama Urban Decay iaitu Naked On The Run disamping produk hit mereka seperti Naked 1, 2, 3, Naked Basics, Eyeshadow Primer Potions dan Makeup Setting Sprays. NAKED ON THE RUN akan dilancarkan pada 6 Disember depan di semua kedai Sephora seluruh Malaysia.
Apa yang menarik, mereka turut mengadakan promosi Sephora Starhill pada jam 10 pagi. 200 pelanggan pertama yang membeli Naked On The Run akan menerima hadiah istimewa dan 3 orang pelanggan yang berbelanja minimum RM500 membeli produk Urban decay termasuklah Naked On The Run akan menerima Naked Vault. Naked Vault ini mempunyai 12 produk UD ( berharga RM1281 ) dan ianya merupakan produk EDISI TERHAD!
Produk Naked On The Run mengandungi :
EYESHADOW
DIVE – metallic rose with golden micro-shimmer
FIX – soft taupe matte
RESIST – medium metallic taupe
DARE – medium brown matte
STUN – metallic bronze with light gold micro-shimmer
5050 – cool bisque satin
BRONZER
medium bronze matte
BLUSH
vibrant pink with light shimmer
Setiap set juga mengandungi Perversion Mascara, Glide-On Eye Pencil dan Naked Lipgloss . Ia berharga RM188 untuk satu set.
CLARISONIC
Clarisonic memang jenama yang tidak asing lagi bagi wanita yang gemarkan berus pembersihan wajah. Ia mampu membersihkan liang-liang tersumbat pada wajah dan pada masa yang sama membuatkan wajah anda lebih berseri. Mereka juga turut mempamerkan Holiday Collection untuk produk Clarisonic Aria di dalam corak Winterlace dan Opulence ( emas dan perak), yang akan dilancarkan pada tahun depan. Tidak cukup dengna itu, mereka juga turut melancarkan produk penjagaan wajah yang sesuai dipakai dengan produk Clarisonic yang merangkumi pembersih wajah, serum dan juga essence boost yang bakal dikeluarkan sekitar Februari 2015. Semua produk ini berharga RM690.
BIOTHERM
Biotherm merupakan produk penjagaan wajah telah melancarkan Life Plankton Essence yang menggunakan mikro organisma hidup untuk mempercepatkan penghasilan sel wajah agar nampak muda dan berseri. Selain itu juga, mereka mempunyai teknologi Blue Smart yang digunakan untuk memeriksa keadaan kulit wajah untuk semua peringkat umur tidak kiralah lelaki ataupun perempuan.