Wanista yakin, menjadi bahan jenaka dalam kalangan rakan-rakan kerana bentuk tubuh yang gemuk adalah satu perkara yang paling mengecewakan buat sesiapa pun. Peristiwa tersebut telah dialami oleh seorang wanita yang bernama Amy Gordon, 29 dari Wolvehampton — wanita yang mempunyai susuk tubuh yang gemuk dengan berat badan mencecah 117kg. Amy Gordon yang mempunyai berat badan berlebihan sentiasa menjadi sasaran kutukan dan ejekan rakan-rakan sekolahnya. Amy mengakui bahawa beliau tidak pernah lari daripada dikutuk dan dicaci dek kerana badannya yang gempal itu.
Peristiwa yang amat memalukan yang pernah terjadi kepada beliau adalah semasa menghadiri satu konsert komedi dimana ketika itu pelawak membuat lawak mengenai gadis-gadis gempal.
Pelawak tersebut menunjuk ke arahnya dan berkata “Disana salah seorangnya.”
“Tiba-tiba semua mata memandang kearah saya dan ketawa dengan kuat. Malam itu berubah menjadi satu mimpi ngeri buat saya.” kata Amy.
Oleh kerana peristiwa itu, Amy mula nekad untuk menguruskan badannya. Sewaktu beliau bekerja di sebuah Klinik Gigi, beliau mula berasa yakin dengan diri sendiri kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang sentisa memberi semangat kepadanya dan tidak mencacinya kerana susuk tubuhnya.
Amy mengambil masa selama 10 tahun untuk menurunkan berat badannya. Pada permulaan, sesi dietnya agak tidak teratur dimana berat badannya turun dan naik. Sehinggalah Amy menyertai kumpulan Weight Watchers di Wolverhampton. Amy berubah menjadi seorang vegetarian dan pergi ke gim, semenjak itulah berat badannya semakin menurun dengan teratur.
Kini, Amy telah berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badan asalnya iaitu daripada 117kg kepada 62kg! Amy sedang berusaha menurunkan berat badanya kepada 50kg. Wow! Hebat kan Amy Gordon! Kami betul-betul kagum dengan semangat dan usaha beliau. Tengoklah dirinya kini yang sudah cantik, langsing dan seksi! Beliau kini juga muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Weight Watcher 2014.
Sumber: Daily Mail Online & Ejen Info