Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Jijik! — Doktor Kelahiran Malaysia di Britain Mengaku Rakam Video Sembunyi

by Ayu Nadirah
November 28, 2014
25
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

handcuffs

Seorang pakar telinga kelahiran Malaysia yang menetap di Britain telah mengaku bersalah dan akan dijatuhkan hukuman di sebuah mahkamah British atas kesalahan membuat penggambaran sembunyi beratus-ratus pesakit, rakan, pengunjung hospital dan kanak-kanak.

Dr Lam Hoe Yeoh, 62, yang dianggap sebagai seorang doktor terkemuka di negara itu, mengaku menggunakan kedudukannya untuk meletakkan kamera tersembunyi dan merakamkan aksi orang di tandas di Epsom dan Hospital St Helier, Hospital St Anthony di mana beliau bekerja dan juga klinik lain. Beliau juga mengaku mengintip mangsa menggunakan kamera tersembunyi di jam tangannya, pen dan lapisan dalam tong dan membuat filem lucah di rumahnya hasil daripada rakaman tersebut — laman berita British, Your Local Guardian melaporkan.

Foto -mstar

‘Tolong, Bukan Sibuk Rakam Insiden Kecemasan & Viralkan’ – Doktor

May 19, 2016

Dalam pendengaran kes di Croydon Crown Court, mahkamah memberitahu bahawa Lam tutur merakamkan tetamu yang hadir ke rumahnya di Banstead dan turut meletakkan kamera dalam tandas kereta api.

Perbuatan terkutuk nya itu terbongkar apabila salah satu kamera beliau jatuh dari dinding tandas di Hospital St Anthony, yang akhirnya mendorong Pegawai untuk mencari rumahnya, pejabat, kereta dan juga komputer.

IKLAN

Lam mempunyai 30 mangsa dikenal pasti dan 1,084 mangsa yang tidak dikenali.

Dia mengaku bersalah terhadap tujuh tuduhan mengintai, enam pertuduhan membuat imej lucah kanak-kanak dan satu tuduhan memiliki pornografi yang melampau. Kesalahan yang telah dilaporkan itu dilakukan diantara 1 Januari 2011, dan April 15, 2014.

Isterinya, Ivy Muihong Sng, 57, juga menghadapi tuduhan yang sama iaitu mengintai, yang berkaitan dengan rakaman yang difilemkan di rumah mereka, tetapi pihak pendakwaan memilih untuk tidak meneruskan pertuduhan.

Sumber: The Rakyat Post

Tags: doktor britaindoktor kelahiran Malaysiadoktor lucahJijik! -- Doktor Kelahiran Malaysia di Britain Mengaku Rakam Video Sembunyirakam video
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.