Filem animasi 3D terbitan Walt Disney yang paling popular tahun lepas , Frozen , memang telah berjaya mencetuskan fenomenanya tersendiri. Selain runut bunyinya Let It Go , kostum yang direka dan “dipakaikan” pada watak utamanya Elsa juga turut mendapat perhatian ramai.
Terkini, seorang model remaja, Anna Faith Carlson, 18 tahun menjadi sensasi dalam talian selepas menyiarkan gambarnya bersebelahan dengan gambar Queen Elsa kira-kira setahun yang lalu. Disebabkan itu, dia kini mendapat pelbagai tawaran lumayan TV dan juga kontrak peragaan dengan hanya dengan berperwatakan seperti Queen Elsa. Wah!! Bertuah sungguh.
Bukan itu sahaja, Anna juga mempunyai lebih setengah juta pengikut di Instagram. Malah, Anna telah muncul di kaca TV, photoshoot majalah dan dijemput ke majlis kaum kerabat diraja United Arab Emirates.
“I’m still shocked this has happened, I definitely feel like I’m living in a fairy tale,” jelasnya pada Daytona-Beach News-Journal.
Sama atau tidak seperti Queen Elsa?