Poh Kong baru-baru ini telah melancarkan Christmas Collection 2014 dengan pelbagai barang kemas dalam bahan-bahan berharga yang berwarna-warni. Pilihan merangkumi loket, kalung, gelang, anting-anting dan cincin daripada emas putih, kuning dan rose, dihiasi dengan berlian dan ibu mutiara yang berkilau.
Siri Multiple Joy mempunyai cincin stackable, manakala siri Boundless Bliss menawarkan gelang dan cincin yang boleh dipakai secara berasingan atau digabungkan. Anda boleh pasangkan cincin emas putih yang diselitkan dengan berlian bersama cincin emas bergaya, dan tambahkan dengan cincin emas rose bertatahkan berlian untuk melengkapkan padanan ketiga-tiga cincin.
Little Treasures meneruskan tradisi charm (hiasan kecil gelang tangan) warna-warni dan bersemangat Poh Kong. Koleksi ini telah disegarkan dengan reka bentuk baru terdapat dalam emas putih, kuning dan rose, diselitkan lagi dengan ibu mutiara yang memancarkan kewanitaan. Gabungkan charm ini bersama gelang anda atau jadikan ia sebagai loket pada koleksi barang kemas anda.
Dari Diamond Boutique, datang pelbagai loket yang menarik. Dihiasi dalam batu permata dan berlian berwarna ceria, loket ini pasti akan menjadikan anda mempersona pada perayaan Krismas nanti ataupun pada apa-apa majlis keraian.
Sukakan cincin menarik? Koleksi cincin unik daripada Twirling Circles menyerlahkan gaya tersendiri anda.
Mickey Magic daripada koleksi Disney ini menawarkan pelbagai loket yang menambah twist yang menyegarkan kepada sebuah simbol ikonik bagi orang muda. Mereka yang inginkan beberapa tambahan bling-bling menghargai loket yang sepenuhnya dihiasi dalam berlian, manakala mereka yang mahukan yang terbaik daripada kedua-dua dunia boleh memilih daripada campuran bergaya emas dan kombinasi emas putih, atau emas putih dan variasi berlian yang disemat.
Motif reben menjadi tumpuan utama dalam koleksi Twinkling Ribbons, di mana barang kemas ini diperbuat daripada emas rose dan emas putih, diselaputi dengan deretan berlian. Terdapat dalam set cincin dan anting-anting, dan rantai leher boleh laras yang boleh dihiasi dengan pelbagai cara yang sesuai dengan mood anda. Pasangkan bersama cincin yang sepadan untuk kombo yang sempurna.
Suasana perayaan diteruskan dengan koleksi Oro Bianco, yang mendapat inspirasi daripada Krismas untuk mencipta barang murah yang kecil, termasuk Candy Cane sifar kalori, pokok Krismas mesra alam dan Jingle Bell bebas tol, antara lain loket yang bertemakan Krismas. Terdapat dalam satu set cincin dan anting-anting yang sepadan, hiasi diri anda dengan mana-mana barang kemas ini bagi menjadikan sambutan perayaan anda lebih meriah.
Anda boleh singgah ke Poh Kong dan meraikan keajaiban Krismas dalam gaya dengan Christmas Collection 2014 yang direka secara eksklusif, dan mampu untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama rakan dan keluarga anda musim ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Christmas Collection 2014 Poh Kong, sila layari www.pohkong.com.my atau www.facebook.com/pohkongjewellers.