Dengan harapan dapat memberi inspirasi, angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor merancang untuk menghasilkan sebuah siri animasi perjalanannya ke angkasa lepas. Dipanggil Amuz, ia dinamakan bersempena nama haiwan peliharaannya.
Siri ini bakal dibuat untuk berkongsi pengalaman dan aktiviti semasa perjalanannya, di samping menggalakkan mereka yang berumur 12 dan ke bawah untuk mengejar impian menjadi seorang angkasawan.
“Sudah tujuh tahun sejak perjalanan saya dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa. Jika saya diberi peluang untuk melakukannya sekali lagi, saya pasti akan pergi. Siri ini akan memperincikan pengalaman saya dan adalah satu bentuk pendidikan bagi kanak-kanak untuk memupuk minat mereka dalam bidang sains juga,” katanya pada majlis pelancaran siri ini di TGV Cinemas di pusat membeli-belah One Utama.
Sheikh Muzzaphar berkata, beliau tahu ada begitu banyak perkara mengenai ruang angkasa yang orang ramai tidak tahu, termasuk solat dan makan. Siri 12 episod ini akan termasuk “Islam in space”, “Food in space” and “Experiments in space” untuk menunjukkan kanak-kanak bagaimana perkara tersebut dilakukan di ruang angkasa lepas.
Dibuat oleh Sheikh, siri 12 episod tersebut kini dalam fasa skrip dan beliau berharap dapat bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam membangunkannya. Beliau telah bertemu dengan pengarah Finas dan berharap dapat memulakan pengeluaran pada suku pertama tahun hadapan.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Negara kita telah mencapai tahap yang baru dengan usaha kita yang lalu dan saya percaya semua orang hari ini mahu menjadi seorang angkasawan,” katanya di hadapan ibu bapa, guru-guru dan kanak-kanak yang hadir.
Sumber: The Rakyat Post