Tutup jerawat, lingkaran gelap, cela dan bermacam-macam lagi dengan menggunakan concealer. Jika anda tidak tahu menggunakan concealer, Wanista tunjukkan cara.
1. Pakai bedak asas dulu, barulah pakai concealer
Bila kamu pakai bedak asas, kamu tak perlu guna banyak concealer. Jika pakai concealer dulu, kamu mungkin akan tanggalkan kebanyakannya semasa memakai bedak asas.
2. Cara terbaik guna concealer ialah dengan melukis bentuk segitiga pada bawah mata ke pipi.
Bentuk ini bukan sahaja menutup lingkaran gelap, tetapi juga mencipta ilusi wajah ‘terangkat’. Sama seperti kamu suluh bawah mata dengan lampu picit. Ia menyerlah bahagian atas wajah kamu.
3. Untuk pastikan warna pembayang mata melekat dan tak berbelak, adun dahulu concealer pada kelopak mata.
Ini jika kamu tak mahu beli primer pembayang mata, sedikit sahaja concealer dah membantu.
4. Bila nak tutup jerawat, guna concealer dan adun pada bahagian itu mengikut tona kulitmu.
Guna concealer dan letakkannya di atas jerawat bukan disekelilingnya supaya tak menyebar bakteria, gunakan berus yang bersih. Kemudian guna kapas untuk pedap concealer untuk tutup jerawat tu.
5. Jika kamu tak ada concealer, gantikan dengan bedak asas, biar beberapa saat sebelum adun sekata.
Caranya adalah membiarkan bedak asas kering sedikit sebelum adun sekata. Jika kamu adun terlalu cepat, bedak asas tak akan menutup jerawat dengan sempurna.
6. Guna concealer lebih cerah daripada tona kulit untuk tiga bahagian mata: sudut dalam, pertengahan kelopak dan bawah kening.
Adun perlahan-lahan untuk mata yang nampak segar dan beri highlights yang nampak natural. Ini bagus untuk hari-hari kamu tak cukup tidur.
7. Pedap concealer rona oren-pic pada bayangan gelap bawah mata dengan hari manis
Jari manis mempunyai sentuhan paling ringan dan akan memberi tekanan yang mencukupi untuk kamu adun concealer tanpa menekan terlalu kuat dan tona oren-pic akan memadam lebam mata.
8. Ketahui apa fungsi warna concealer
Rona pic akan neutralkan kebiruan atau lebam, hijau memadam kemerahan, dan kuning memperbaiki tona kulit tak sekata.
9. Sorok sembap dengan sedikit krim mata, highlighter dan concealer
Campur ketiga-tiga produk ini pada belakang tangan. Kemudian pedap pada bawah mata, sisi mata dan juga pada atas tulang kening untuk mencerahkan dan juga sembunyikan sembap.
10. Selepas guna concealer, pedap bahagian itu dengan tisu untuk elak ia berbelak dan berbelang.
Bahagi dua helaian tisu dan guna untuk pedap concealer dan juga lebihan minyak pada wajah.
11. Tajamkan lentikan mata kucing dan padam kesilapan celak mata dengan berus dan concealer
Cara ini lebih mudah daripada memadam dan garis semula.
12. Serlahkan gincu dan elak warna comot dengan berus tajam dan concealer
Bentuk bibirmu akan nampak tajam dan warna gincu juga pop!
13. Bentukkan bibir dengan concealer dan pensel bibir
Samar garis bibir dengan concealer, kemudian lukiskan bentuknya dengan pensel bibir. Warnakan juga seluruh bibir dengan pensel bibir dan akhir sekali oleskan glos jika mahu kesan berkilauan. Mungkin, inilah teknik yang digunakan Kylie Jenner bagi mendapatkan bibir mungil.
14. Tajamkan bentuk kening dengan concealer satu rona lebih cerah daripada tona kulitmu, di atas dan bawah garis kening.
Adun dengan jari kerana kehangatan kulitmu akan buat ia nampak lebih natural berbanding berus.
15. Tambah contouring dan highlight pada solekanmu untuk serlahkan lagi bentuk dan dimensi wajah menggunakan dua concealer: dua tona lebih cerah dan dua tona lebih gelap.
Guna concealer jenis pensel untuk memudahkan kamu lukis dan garis. Guna concealer cerah pada bahagian yang menonjol dan menangkap cahaya, concealer gelap pula pada bahagian yang berbayang secara semula jadi (seperti bawah tulang pipi, sisi hidung, sisi dahi, dan rahang). Kemudian adun dengan blending atau stippling brush.
16. Cipta sendiri tinted moisturizer dengan mencampurkan pelembap harian dengan bedak asas.
Ini akan membantu lembapkan kulit sambil memberi litupan tipis.
17. Simpan lebih daripada satu jenis concealer di dalam beg solekan.
Melainkan kulitmu dah sempurna, kamu mungkin perlukan beberapa jenis concealer untuk bahagian berbeza wajah dan bergantung kepada banyak mana litupan yang diperlukan.