Bahan-bahan:
- Roti
- Telur
- Stik isi ketam (dihiris halus)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- Serbuk ayam
- Marjerin planta
- Mayonis
- Sos cili
Cara-cara:
- Panaskan sedikit planta, tumiskan bawang besar, kemudian masukkan isi ketam. Bila agak-agak sudah masak isi ketam tersebut, tambahkan sedikit serbuk ayam. Kacau rata.
- Pecahkan telur (berapa biji, mengikut saiz hidangan yang anda mahukan). Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
- Gaulkan telur isi ketam itu bersama mayonis.
- Sapu roti dengan marjerin planta. Ambil 1 keping roti, letakkan isi telur isi ketam yang telah siap tadi.
- Letakkan sos cili (jika mahu).
- Satukan roti, potong dua. Siap untuk dimakan!
Sandwich yang enak ini sangat mudah untuk disediakan dan sangat sesuai untuk breakfast.
*Jika anda tidak mahu telur yang digoreng, anda boleh cuba rebuskan telur, bila sudah masak, ambil telur putihnya dan lenyek menggunakan garpu. Kemudian, gaulkan bersama isi ketam yang telah ditumis bersama bawang besar dan juga letakkan mayonis.
Selamat mencuba!