Seorang penumpang wanita diusir dari pesawat Syarikat US Airways setelah membawa khinzir bersaiz besar ke dalam kabin. Khinzir tersebut dianggap mengganggu penumpang lain dan mengotori kabin.
Menurut jurucakap US Airways Laura Masvidal kepada CNN, penumpang wanita dan binatang peliharaannya diusir sebelum pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley di Connecticut.
“Setelah binatang itu dianggap sangat mengganggu, penumpang diminta turun dari pesawat,” kata Masvidal.
Binantang itu dibenarkan naik ke dalam syarikat penerbangan kerana dianggap “haiwan penyokong emosi” yang ditetapkan dalam panduan Jabatan Pengangkutan AS, DOT.
Menurut DOT, haiwan penyokong emosional adalah binatang yang membantu seseorang yang mengalami gangguan fungsi tubuh untuk memberikan sokongan moral. Agar dibenarkan naik ke pesawat, penumpang perlu menyertakan dokumen yang mengatakan bahawa binatang itu diperlukan demi kesihatan mental pemiliknya.
Namun, US Airways mengambil keputusan yang salah dengan membenarkan khinzir itu masuk ke pesawat. Menurut penumpang Robert Phelps, khinzir itu bukanlah jenis yang kecil tetapi sangat besar.
Rob, 62, berkata, khinzir itu menjerit ‘tiga kali lebih kuat daripada seorang kanak-kanak’, dan wanita itu bercakap kepada binaatang peliharaannya seolah-olah ia seorang manusia. ‘Ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal malah paling teruk pesawat mula berbau,” jelasnya.