Krabi merupakan destinasi popular di Thailand dan terletak hampir dengan sempadan negara kita. Anda hanya mengambil masa kira-kira 10 memandu dari Kuala Lumpur untuk ke Krabi. Seperti Phuket, Krabi juga menawarkan panorama pantai yang indah, makanan Thai halal dan juga pelbagai aktiviti pantai dan laut. Ramai pengunjung gemar aktiviti island hopping dengan kadar pakej yang menarik. Bagi anda yang ingin pergi agak jauh, Ao Nang, Pantai Nopparathara, Railay Beach merupakan beberapa daya tarikan untuk pelawat.
Sudah semestinya penginapan juga perlu diambil kira semasa melancong. Yang sukakan lokasi berdekatan pantai Ao Nang, anda boleh menginap di Red Ginger Chic Resort yang terletak berhampiran kedua-dua pantai iaitu . Ia mengambil inspirasi wanita Cina muda yang ditambah elemen moden dan juga terbuka. Butik hotel ini terletak di Jalan , agak dekat dengan restoran popular iaitu Wangsai Seafood. Jarak hotel ini dari bandar Krabi kira-kira 25km manakala jarak ke lapangan terbang pula adalah sekitar 35km.
Penulis menginap di bilik superior yang mempunyai akses terus dengan kolam renang. Biliknya yang luas dan cantik, sesuai dengan pengunjung beragama Islam kerana mempunyai ruang yang selesa untuk menunaikan solat.
Keistimewaan hotel
Di Red Ginger Chic Resort, segala usaha dilakukan untuk membuatkan tetamu berasa selesa. Oleh yang demikian, hotel ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Lif, layanan bilik, pemindahan dari/ke lapangan terbang, perkhidmatan dobi, tempat letak kereta dan juga beberapa basikal yang boleh digunakan oleh tetamu di hotel ini. Rekaannya yang berkonsepkan terbuka amat digemari oleh penulis di samping bilik hotel dengan akses kolam renang, memang sesuai untuk keluarga beristirehat. Hotel ini mempunyai 63 buah bilik di 4 tingkat berbeza dengan saiz bilik dan keistimewaan yang tersendiri.
Hotel ini juga menyediakan makanan halal dan ianya memudahkan pengunjung beragama Islam yang ingin makan di restoran yang terdapat di sini.
Jenis-jenis bilik : Superior, Superior Family dan juga Club room ( 2 tingkat ) khas untuk keluarga.
- Di antara kemudahan yang terdapat di sini :
- Sebahagian bilik menyediakan pemain DVD/CD
- bar mini
- air pancuran di bilik mandi,
- Penghawa dingin
- Kolam renang luar, kolam renang (kanak-kanak), pusat kecergasan – gimnasium
- Komputer dengan akses internet
- ruang lobi untuk berehat
- Wi-Fi di lobi dan bilik hotel
- Restoran
Jika anda menginap di hotel ini, memang tidak lengkap rasanya jika tidak mencuba makanan di restoran yang terdapat di tingkat dua hotel ini. Pengunjung boleh mendapatkan bilik yang mempunyai pakej sarapan pagi di portal tempahan bilik Agoda.com untuk menikmati bufet sarapan pagi yang menarik. Bukan sahaja menu tempatan, Red Ginger Chic Resort juga mempunyai menu makanan barat.
Harga bilik
Harga bilik pula tertakluk kepada saiz bilik dan juga lokasinya. Harganya adalah sekitar RM250 hingga RM700 bergantung kepada musim.
Lokasi
Alamat : 168 Moo 3, Amphur Muang, Ao Nang, Krabi, Thailand 81000
Laman web