Dek kerana ingin kelihatan cantik, seorang selebriti Hong Kong sanggup melakukan pembedahan plastik yang agak ekstensif hingga menyebabkan wajahnya menjadi seperti watak kartun versi hodoh.
Selebriti Hong Kong itu, Fanny Sieh, baru-baru ini mengejutkan ramai peminatnya dengan raut wajah terbaru beliau yang amat mengerikan di dalam sebuah majlis apabila dia muncul dengan dagu runcing dan mata persis watak kartun anime yang menggerunkan.
Dalam satu artikel portal Asiantown ( via Sina ), wajahnya kelihatan begitu kerana hasil daripada prosedur pembedahan plastik yang keterlaluan. Dagu runcingnya merupakan prosedur pembedahan rahang kerana bentuk wajah V merupakan bentuk wajah popular bagi wanita asia. Gambar 1 hingga 12 menunjukkan gambar pelakon Hong Kong itu sebelum dan selepas pembedahan plastik… Anda nilaikan sendiri!