Kiehl’s (sejak 1851) dengan bangganya mengumumkan 6th Annual Artist Collaboration for Holiday – memperkenalkan Kiehl’s x Craig & Karl. Direka oleh duo artis antarabangsa, Craig & Karl, label edisi terhad ini adalah lebih meriah dan penuh warna terang yang akan menghiasi beberapa produk kegemaran pelanggan Kiehl’s — termasuk Kiehl’s Creme de Corps, Creme de Corps Whipped, Ultra Facial Cream, Calendula Toner, Hand Salve dan set lip balm. Sesuai dengan tema musim percutian, koleksi ini mempunyai cetakan grafik yang cantik, sesuai diberikan sebagai hadiah istimewa pada musim perayaan dan percutian ini.
Kiehl’s x Craig & Karl dibina atas kejayaan hubungan yang sekian lama Kiehl dengan komuniti artis. Setiap tahun, bagi meraikan musim percutian, rakan kongsi Kiehl’s bersama artis yang berbeza akan mereka bentuk label edisi terhad yang istimewa. Kerjasama percutian yang lalu memperlihat artis seperti Jeff Koons, Kenny Scharf dan Eric Haze. Tahun ini, Kiehl’s telah bekerjasama dengan Craig Redman dan Karl Maier, yang lebih dikenali sebagai Craig & Karl. Produk dan set edisi terhad ini adalah seperti berikut:
Creme de Corps (classic formula)
Dianggap sebagai pelembap badan yang paling bagus, pelembap kaya untuk rawatan badan ini dirumus dengan Beta-Carotene, Squalane dan nurturing oils; sesuai untuk kulit yang sangat kering. Creme de Corps menjadikan kulit lembut, licin dan terhidrat. Merupakan produk asli, penggubalan klasik dan kegemaran pelanggan selama beberapa dekad. [RM 105/250 ml; RM 185 / 500ml]
Ultra Facial Cream
Penghidrat harian yang bertekstur ringan ini meninggalkan kulit selesa dan kelihatan seimbang. Memberi penghidratan 24 jam dengan pengisian semula air yang berterusan sepanjang hari, memberikan kesan kulit lembut, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Membantu mengurangkan kehilangan lembapan sambil menarik dan menyerap lembapan dari udara. [RM 100/50 ml]
Calendula Herbal-Extract Toner
Ini merupakan produk terlaris Kiehl’s hampir 50 tahun. Toner lembut, bebas alkohol ini mengandungi Calendula, yang diperolehi daripada bunga Marigold. Panthenol dan ekstrak herba seperti Lavender, Ivy, Great Burdock dan Allantonin segera memberikan kulit muka rasa licin, segar dan dirangsangkan selepas setiap kali digunakan. Disyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit normal – kering atau normal – kulit berminyak. [RM 135 / 250ml]
Kiehl’s Holiday Collection Set