Kenny Rogers Roasters (KRR) meraikan kegembiraan pada musim perayaan ini dengan menu baharu iaitu Teriyaki dengan set menu Terrific Teriyaki Treats.
Untuk menu bertemakan ala Jepun ini, peha ayam diperap dengan sos teriyaki khas dengan herba dan rempah, dan dibakar dengan sempurna. T-Wrapped Chicken ini dihidangkan dengan nasi beraroma, sup cendawan ayam dan juga mufin terkenal Kenny Rogers pada harga RM18.50 untuk setiap set.
Bukan itu sahaja, untuk menu T-Chic Rice, terdapat hirisan ayam panggang teriyaki yang dihidangkan bersama sup ayam cendawan bersama 3 menu sampingan untuk mereka yang ingin berdiet protein. Untuk salad pula, T-Chic Salad dihidangkan dengan sup ayam cendawan dengan harga bermula dari RM12.90.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers Teriyaki Treats dan Take It Home Feast, lawati mana-mana restoran KRR atau hubungi 03-2119 9888. Anda juga boleh melawat www.krr.com.my atau layari laman Facebook www.facebook.com/KRR.my.