Penulis pasti ramai biasa menggunakan laser pointer untuk menyuluh sesuatu ketika berada dalam gelap malah laser pointer juga boleh dikatakan alat permainan kanak-kanak. Tahukah anda bahayanya laser pointer.
Hal ini kerana seorang kanak-kanak berumur 12 tahun hampir mengalami buta kekal selepas bermain dengan laser pointer. Menurut doktor, penglihatan kanak-kanak tersebut telah berkurangan sebanyak 60 peratus.
“Mungkin mangsa bermain laser tesebut bersama cermin, dan cermin memantulkan laser berkenaan ke matanya,” kata ketua doktor, Yosuf El-Shabrawi.
Menurut Yosuf, kecederaan yang dialami kanak-kanak itu tidak dapat dipulihkan.
“Kami cuma mampu berharap matanya sembuh sendiri dan keadaannya bertambah baik,” tambahnya.
Ayah kepada kanak-kanak tersebut membeli laser pointer berkenaan selepas ianya diiklankan di internet sebagai alat permainan untuk dimainkan bersama kucing kucing.
Sinar Harian