TripAdvisor ™, travel site terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pemenang anugerah ‘Travellers’ Choice™ Awards for Destinations on the Rise’. Anugerah tersebut mngetengahkan 52 tempat di seluruh dunia yang telah mendapat peningkatan terbesar dalam maklum balas yang positif dan minat daripada komuniti TripAdvisor, tahun ke tahun. Senarai tempat telah diumumkan untuk Dunia, Asia, Eropah, Amerika Selatan, Pasifik Selatan dan Amerika Syarikat.
Destinasi Asia Tenggara menguasai anugerah untuk tempat-tempat untuk dilihat pada tahun 2015 dengan Da Nang, Vietnam yang sedang pesat membangun dinamakan sebagai top destinasi di Asia dan juga dunia.
Pilihan ini telah ditentukan dengan menggunakan algoritma yang mengukur peningkatan tahun ke tahun dalam ulasan positif pengembara TripAdvisor mengenai penginapan, restoran, dan tarikan, seluruh destinasi di seluruh dunia.
Destinations on the Rise Pilihan Pengembara – Dunia:
1. Da Nang, Vietnam – 122 Hotel, 203 Restoran, 74 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR175.38)
Terletak di antara Hanoi dan Ho Chi Minh, destinasi ini terkenal kerana pantai yang tenang, lawatan masakan, dan kawasan perlindungan Buddha. Pengulas TripAdvisor mencadangkan lawatan ke Marble Mountains yang bersejarah di mana “pemandangan panoramanya adalah menakjubkan.” Untuk hidangan Vietnam yang authentic, pelancong harus ke Lam Vien Restaurant.
2. Sihanoukville, Cambodia – 53 Hotel, 197 Restoran, 61 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR341.35)
Dikelilingi oleh Teluk Thailand, Sihanoukville adalah sebuah bandar pantai yang menakjubkan yang menawarkan perkhidmatan snorkeling dan menyelam. Pengulas TripAdvisor menggambarkan Ream National Park sebagai “hutan tropika sebenar.” Selepas bersiar-siar, pelancong perlu mengunjungi Martini Beach, tempat yang hebat untuk makan dan melihat matahari terbenam.
3. Limassol, Cyprus – 60 Hotel, 337 Restoran, 83 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR502.29)
Menawarkan matahari, pasir, dan budaya, tempat Mediterranean ini mempunyai sesuatu untuk pelawat daripada semua peringkat usia. Peminat sejarah boleh belajar tentang laman kuno di Kourion termasuk amphitheater dan intricate mosaics. Untuk merasi makanan Greek yang lazat, pengulas TripAdvisor mengesyorkan Meze Taverna Restaurant.
4. Ao Nang, Thailand – 87 Hotel, 157 Restoran, 78 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR235.02)
Disukai oleh pelancong kerana pantai bertaraf dunia dan sukan air, Ao Nang di Krabi menjadi semakin popular dengan cepat. Satu pengulas TripAdvisor menggambarkan Phra Nang Beach sebagai “cantik, bersih dan murni.” Pelancong juga dijemput untuk makan makanan Thai yang luar biasa di Tom Ma Yom, yang menawarkan udang segar, salad betik, dan banyak lagi.
5. Bodrum City, Turki – 115 Hotel, 385 Restoran, 101 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR438.51)
Sebelum ini merupakan komuniti yang tenang, Bodrum City kini merupakan salah satu destinasi percutian yang paling popular di Turki. Pelancong TripAdvisor menulis tentang tarikan budaya yang kaya seperti Castle of St. Peter dan Bodrum Museum of Underwater Archaeology, yang memaparkan beberapa artifak purba yang menakjubkan. Untuk hidangan yang besar, pelancong boleh menikmati keenakan kebab dan mezze di Gambilya Natural Cuisine .
6. Naha, Jepun – 102 Hotel, 1059 Restoran, 82 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR289.94)
Terletak di pantai selatan Pulau Okinawa, Naha terkenal dengan monumen bersejarah dan taman-taman yang agung. Satu pengembara berkata Shurijo Castle telah dibina semula untuk memberi pengunjung satu “rasa sebenar” istana purba. Pengulas TripAdvisor juga hangat memperkata mengenai masakan Okinawan tradisional di Yunangi, menyatakan, “Ia juga berbaloi untuk ditunggu.”
7. Hurghada, Mesir – 182 Hotel, 229 Restoran, 162 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR342.90)
Pelancong akan menikmati keseronokan di bandar peranginan ini yang terletak di sepanjang Laut Merah. Pada siang hari, pelancong dapat berjemur, snorkelling dan menyelam di Sharm El Naga. Pada waktu malam, pengunjung boleh memakan “stik terbaik di bandar” di restoran Moby Dick.
8. Kazan, Rusia – 44 Hotel, 1,081 Restoran, 217 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR372.41)
Sepanjang Sungai Volga, pelancong dijemput untuk menyelami budaya di bandar terkenal ini dengan sejarah yang kaya. Yang tidak boleh dilepaskan adalah Kazan Kremlin, merupakan benteng yang seorang pengembara TripAdvisor menggambarkan sebagai “campuran Ortodoks Kristian dan budaya Islam.” Untuk merasai masakan authentic nya, pelancong boleh menjamu selera di Pashmir Restaurant, yang menawarkan “lokasi tepi sungai yang menakjubkan.”
9. Manaus, Brazil – 40 Hotel, 935 Restoran, 141 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR321.07)
Tempat ini menawarkan tempat tarikan kosmopolitan di tengah-tengah Amazon Brazil. Seorang pengulas TripAdvisor mengesyorkan melawat Teatro Amazons untuk “mendapatkan rasa sebenar kemegahan opera lama.” Pelancong juga harus mempertimbangkan makan di Banzeiro, di mana seorang pengulas menerangkan signature Tambagui ribs sebagai “tidak kurang daripada yang luar biasa.”
10. Eilat, Israel – 65 Hotel, 88 Restoran, 65 Tarikan (kadar purata hotel setiap malam: MYR997.46)
Di Teluk Aqaba, bandar selatan Israel mempunyai cahaya matahari hampir setiap hari, sepanjang tahun. Pelawat boleh menerokai Timna National Park, dimana seorang pengulas TripAdvisor menggambarkan sebagai “padang pasir berbatu, dengan pemandangan batu-batu merah dan merah jambu.” Para pelancong kemudiannya boleh menyejukkan diri semasa snorkeling di “air biru yang jelas” di Coral Beach Nature Reserve.