Siapa yang dapat menafikan kuasa alat solek dalam merubah wajah seseorang. Makeup is magic ! Dengan kecanggihan dan pelbagai teknik yang diperkenalkan, hidung yang pesek dapat dimancungkan, muka yang bulat boleh diruncingkan malah mata yang sepet pun boleh nampak besar tanpa perlu pembedahan plastik atau suntikan. Malah paling teruk apabila orang disekeliling tidak pernah melihat anda tanpa mekap termasuklah orang tersayang, anda rasa tidak yakin apabila tidak mengenakan secalit mekap di wajah. Teruk bukan! Tetapi itulah yang terjadi pada wanita 25 tahun ini.
Ini merupakan realiti Lara Peterson daripada Nantwich, Cheshire, yang langsung tidak berkeyakinan dengan penampilan tanpa mekap. Lara mengakui, teman lelaki langsung tidak pernah melihatnya tanpa mekap sehingga selepas setahun.
“Saya tidak yakin dengan kulit kerana sewaktu 15 tahun, saya menderita masalah jerawat di wajah. Walaupun saya menggambarkan diri saya sebagai seorang yang berkeyakinan tetapi tanpa penampilan yang menawan dan mekap, saya mula berasa cemas malah, ia benar-benar memberi kesan kepada personaliti sehingga kini.
“Ketika 17 tahun, saya tidak pernah membiarkan teman lelaki melihat tanpa mekap. Saya akan panik jika mereka melihat saya tidak sempurna apatah lagi melihat saya secara semula jadi. Setiap kali berjumpa saya akan mengenakan mekap yang penuh walaupun ketika pergi bercuti bersama-sama, saya juga tidak akan berada di air/dalam hujan kerana bimbang mekap akan hancur,” terangnya.
“Kawan-kawan dan teman lelaki sentiasa beranggapan saya gila dengan pendirian yang tidak masuk akal. Pada mereka saya sudah cukup cantik tanpa mengenakan sebarang mekap tetapi saya langsung tiada keyakinan dan tidak kira apa yang orang lain katakan, saya jauh lebih baik apabila kecacatan disembunyikan.
“Walaubagaimanapun, jika saya dan pasangan ditakdirkan putus, dan saya akan mulakan perhubungan baru, saya masih tidak berani untuk mendedahkan apa-apa terlebih dahulu,” jelas Lara.
Malah, penyelidikan baru mendedahkan bahawa majoriti wanita akan lumpuh dan langsung tidak berkeyakinan tentang penampilan semula jadi mereka.