Anda pernah baca Facebook post seorang lelaki, Radzi Ali, yang menyuruh pihak Zalora Malaysia menyenaraihitamkan nama isterinya, Nuzaimah, dari laman web Zalora kerana isterinya gemar membeli-belah di dalam talian. Pihak Zalora telah memberikan respon terhadap komen Facebook pasangan itu. Kisah pasangan suami isteri ini menjadi viral di dalam Facebook dan para suami dan isteri pun tag pasangan masing-masing.
Memang dah rezeki anak di dalam perut, pihak Zalora telah bersepakat untuk memberikan kejutan dan ianya berpihak kepada Nuzaimah. Pihak Zalora telah ke rumah pasangan itu dan telah membuat kejutan di mana, mereka telah menghadiahkan bekalan pakaian dan kasut selama SETAHUN!
Untungnya badan. Jom tengok gambar dan post kelakar pasangan ini yang telah memberikan tuah buat mereka.