Resepi tomyam ni merupakan resepi pilihan wanita kerana ianya mudah untuk dibuat. Memang sesuai dengan tekak orang kita yang sukakan masakan pedas. Jom belajar cara membuat tomyam tanpa menggunakan pes.
Bahan-bahan:
- 5-6 ekor udang
- 1 ekor sotong
- sedikit daging ayam/daging
- sedikit lala jika mahu
- 2 batang serai (dititik)
- 1inci lengkuas
- 2 ulas bawang putih
- 3-4 biji cili padi
- 2 keping asam gelugur * boleh juga digantikan dengan cuka
- 1 biji tomato
- 1/2 biji bawang besar
- Segenggam cendawan tiram
- 2-3 helai daun limau purut
- Garam dan serbuk perasa
- Minyak
Cara-cara penyediaan :
- Tumbuk bawang putih dan cili api. Tumiskan bahan-bahan tadi.
- Masukkan daun limau purut dan serai. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan asam gelugur.
- Bila kuah mendidih, masukkan udang, sotong dan cendawan. Masak sekejap nanti udang dan sotong tu keras/liat.
- Masukkan tomato, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Tutup api.
- Untuk menambahkan rasa masamnya, perahkan air asam limau semasa menghidang.