Disebabkan harga rumah di Malaysia semakin hari semakin mahal, golongan belia khususnya yang mahu membeli rumah pertama pening memikirkan hal ini. Memahami masalah ini, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat. Mungkin pernah dengar container hotel di tengah bandar KL, konsepnya lebih kurang sebegitu. Menarik bukan?
Rumah kontena merupakan rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik sendiri. Menurut Mohd Azree, kos keseluruhan yang diperlukan untuk membina rumah kontena ini adalah RM 50,000 termasuklah sebidang tanah seluas 2400 kaki persegi. Lebih menarik, rumah tersebut hanya mengambil masa selama seminggu untuk siap.
Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah kontena boleh melayari www.rumahkontena.com.
Sumber : Siakapkeli.com.my