Mungkin bagi anda diluar sana, gastrik merupakan penyakit yang normal, namun penyakit ini sebenarnya amat sukar untuk diubati. Gastrik kerap menyebabkan anda rasa tidak selesa dan sukar untuk melakukan aktiviti harian. Penghidap gastrik di luar sana jangan risau, kerana masih ada cara untuk mengelakkan serangan gastrik atau mengurangkannya.
Jom baca tips berguna untuk elak atau atasi masalah gastrik:
- Anda harus makan, walaupun sedikit. Sekiranya perut dibiarkan kosong, keadaan perut akan berasid dan memudahkan serangan gastrik. Jadi, jangan sesekali skip waktu makan. Makanlah dengan teratur walaupun dalam kadar yang sedikit.
- Untuk mengatasi masalah tidak selesa pada perut, ubat gastrik perlulah diambil tetapi awas jangan terlalu bergantung kepada ubat. Pengambilan ubat gastrik juga seeloknya di bawah pengawasan doktor. Ketika diserang gastrik, jauhi ubat sakit kepala atau selesema kerana ubat tersebut akan membuatkan sakit gastrik anda semakin teruk!
- Minum air putih, dan jauhi susu! Kadar asid yang ada di dalam perut boleh memburukkan sakit gastrik. Selain itu, ia boleh menyebabkan cirit birit kerana perut berada dalam keadaan yang sensitif.
Sumber: Mingguan Wanita