Siapa sangka lelaki berbadan sasa ini sebenarnya adalah wanita. Melihat pada fizikalnya dengan susuk tubuh yang mantap, percayakah anda jika penulis katakan dia sebenarnya adalah wanita.
Kieran Moloney dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Ciara sebelum mengubah diri sepenuhnya. Kieran telah hidup sebagai seorang lelaki selama tujuh tahun dan selepas menjalani pembedahan mastektomi berganda ketika usia 20 tahun, akhirnya dia berasa selesa dengan kulit sendiri.
Menurutnya, dia tidak berpuas hati dengan jantina perempuannya, dia langsung tidak menunjukkan minat pada perkara keperempuanan. Apabila Kieran bermula sekolah rendah, dia menjadi sasaran pembuli. Bila akil baligh, perasaan memberontak dan keliru akan diri sendiri semakin meningkat.
“Saya benci melihat buah dada saya, saya cemburukan budak lelaki di sekolah, disebabkan itu saya mula bercukur. Saya benci menjadi seorang gadis,” jelasnya.
Kieran mula memotong rambut pendek seperti lelaki, memakai sport bra bagi menyembunyikan imej femininnya. Selepas berjumpa kaunselor di usia 16 tahun, Kiera Kieran akhirnya didiagnosis sebagai transgender.
“Saya mula mengambil pil hormon untuk turunkan nada suara, bulu di badan mula tumbuh. Saya sukakan perubahan sekarang,” terang Kieran.
Di usia 17 tahun, perubahan fizikal Kieran mula nampak. Dengan latihan di gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan lelaki, menggunakan sports tape untuk mengikat buah dada dan pelbagai lagi dilakukannya. Usia 18 tahun, Kieran mendapatkan suntikan bulanan testosterone, habiskan £5k untuk mastektomi berganda.
Kini, Kieran sudah bertemu cinta hatinya, Charlotte Urie dan merancang untuk mendapatkan anak.