Pernahkah anda membayangkan apabila wajah anda tiba-tiba kereput dan berubah seperti wajah seorang nenek dalam masa yang singkat? Sudah pasti setiap orang akan tua tetapi jika proses penuaan itu berlaku terlalu cepat, siapapun pasti akan merasa panik. Seperti yang dialami oleh seorang wanita yang tinggal di wilayah Henan ini. Aneh tapi nyata, Hu Juan yang usia sebenarnya baru 28 tahun kelihatan seperti seorang nenek berusia 60 tahun. Keadaan yang dialaminya sangat jarang berlaku.
Difahamkan, wajah Hu Juan berubah setelah ia melahirkan anak lelakinya tahun 2003 lalu. Kedutan dan kerutan muncul di kawasan kulit wajah dan lehernya dalam masa singkat. Manakala kulitnya yang lain masih sedia kala.
Hu Juan mengaku bahawa selepas melahirkan putera pertamanya, kulit lehernya terasa mengendur. “Pada awalnya, saya fikir ini adalah hal yang lumrah terjadi kepada wanita selepas melahirkan anak tapi setahun kemudian, kerutan dan kedutan wajah itu semakin parah saja.”
Di usianya yang ke-28, ia sudah kelihatan seperti nenek tua. Wajahnya yang penuh kerutan memang membuatnya kelihatan 40 tahun lebih tua daripada usianya yang sebenar. Walaupun kulit wajahnya kedut seperti nenek tua, tetapi suara, tenaga langsung tidak berubah.
Doktor di Shanghai mengatakan bahawa satu-satunya rawatan yang paling membolehkan untuk dilakukan adalah dengan operasi plastik. Melalui operasi plastik, kulit kereput dan kerutan wajah boleh dihilangkan dan lemak akan dimasukkan ke bahagian wajah serta lehernya.