Jenama Sunplay SPF130 yang sememangnya popular, terkenal dengan SPF tertinggi kini dinaiki taraf dari PA+++ ke PA++++ untuk memberikan tahap PA tertinggi bagi perlindungan yang lebih berkesan dan lebih lama daripada sinar UVA berbahaya (juga dikenali sebagai sinar penuaan) yang boleh menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dan mangakibatkan tanda-tanda penuaan kulit pra-matang, termasuk garis-garis halus, kedutan yang dalam dan tona kulit tidak sekata.
Berdasarkan pada Persatuan Industri Kosmetik Jepun faktor perlindungan UVA untuk setiap penggredan PA disenaraikan seperti di bawah:
UVAPF Gred Perlindungan
2 atau kurang 4 PA+
4 atau kurang 8 PA++
8 atau kurang 16 PA+++
16 atau lebih PA++++
Bermakna PA++++ adalah tahap perlindungan UVA yang tertinggi dan mampu melindungi anda daripada sinar UVA sebanyak 16 kali atau lebih. Lagipun, Sunplay SPF130 juga dirumuskkan dengan teknologi Solarex 3-dalam-1 baharu untuk memberikan anda perlindungan matahari yang terunggul.
Photostabil: Mengandungi 7 jenis penapis UV yang photostabil dan tidak mudah terlerai di bawah matahari untuk memberikan perlindungan spektrum lebar terhadap sinaran UVA & UVB.
Antipenuaan: Diperkaya dengan RonaCare Ectoin dari Jerman dan Ekstrak Rumpai Laut Emas dari Perancis untuk membantu mencegah penuaan pra-matang yang disebabkan oleh sinaran UV.
Anti Kekeringan & Penghidratan: Ramuan Asid Hialuronik berkesan untuk menghidratkan dan mengekalkan lembapan pada kulit sepanjang hari. Asid Hialuronik mempunyai kapasiti untuk membendung air untuk mengekalkan lembapan, memberi kulit kelembutan semula jadi.
Sunplay SPF130 PA ++++ kini dapat memberikan anda perlindungan yang lebih berkuasa dengan tekstur yang lebih ringan. Ia sesuai untuk aktiviti luar berjangka lama atau aktiviti air. Formulasi unik ‘Japan Watery Liquid’ memberikannya tekstur ultra ringan seperti air tanpa kesan berminyak dan mudah diresap ke dalam kulit. Dirumuskan untuk kulit Asia dan selamat digunakan pada wajah dan tubuh.
Sunplay SPF130 PA++++ 35gm kini boleh didapati di kesemua farmasi dan pasar raya utama pada harga RM39.90.