Syukur Alhamdullillah! Seorang lagi selebriti wanita berhijrah. Shera Ayob yang juga isteri kepada pelakon berbakat, Zahiril Adzim kini sudah mengenakan tudung sepenuhnya selepas kesemua gambarnya ketika free hair sudah dipadam di laman sosial.
Berita itu disambut baik oleh ramai peminat yang suka dengan penampilan terbaru Shera Aiyob itu. Pelakon ini berkata yang keputusan untuk bertudung penuh ini diambil baru baru ini sahaja & tidak ramai yang mengetahuinya dan apabila ditanya jika ada peristiwa istimewa yang berlaku mendorong keputusannya itu, ini jawapan beliau.
“Tidaklah, tiada apa berlaku sebelum saya membuat keputusan ini. Tetapi perasaan itu memang ada sudah lama, cuma baru sekarang ia berlaku. Memang saya bersyukur sangat mungkin ini janji yang sudah tertulis yang saya akan mengenakan tudung sekarang,” ujarnya.
Sumber : Rotikaya