Ingat lagi drama Winter Sonata yang ditayangkan tahun 2002 yang seteruskan membawa kepada gelombang drama Korea. Mesti anda tahu akan kehebatan drama Korea, Winter Sonata yang pernah memberi impak kepada Malaysia suatu masa dahulu. Jalan cerita menyayat hati, diiringi alunan lagu penuh memori. Malah, penyanyi kita, Hazami telah mengubah suai lagu utama Winter Sonata ke dalam bahasa melayu berjudul Sonata Musim Salju. Ingat?
Penulis pasti anda kenali pelakon utamanya, Choi Ji Woo yang baru sahaja muncul dengan drama baru tahun 2014 – Temptation. Wajahnya boleh dikatakan tidak banyak berubah dan forever young. Jom lihat Choi Ji Woo diawal kemunculan dalam drama Winter Sonata.
Kini, pelakon tinggi lampai sudah melangkau ke usia 40-an dan masih kekal awet muda. Agaknya apa rahsia Choi Ji Woo kekal cantik jelita sebegini..Hehehe