Kebiasaannya, wanita selalu dikaitkan dengan aplikasi telefon pintar seperti ‘Camera 360’, ‘Instagram’ atau apa-apa aplikasi untuk mengedit gambar. Namun, diantara banyak-banyak aplikasi yang disediakan, hari ini kami senaraikan 4 aplikasi telefon pintar yang semua wanita perlukan, tidak kira yang muda ataupun tua. Aplikasi ini dapat membantu anda, menjadikan hari-hari anda lebih mudah dan teratur disamping memastikan anda sentiasa selamat.
Jom tengok apakah 4 aplikasi yang wajib dimuat turun oleh semua wanita:
1) Aplikasi yang membolehkan anda meminta bantuan
Kepada semua wanita, keselamatan adalah kebimbangan nombor satu. Sebagai wanita, kita sentiasa risau apabila berjalan di jalan-jalan sunyi dan juga di jalan-jalan sibuk. Kita juga bimbang dan sentiasa berjaga-jaga apabila menaiki teksi atau bas. Mana tidaknya, setiap hari, ada saja berita mengenai kes jenayah yang menjadikan wanita sebagai mangsa dan ia membuatkan kita sukar untuk menutup mata dan berpura-pura kita benar-benar berasa selamat.
Syukurlah sekarang terdapat banyak aplikasi yang dapat membantu anda berasa selamat tidak kira di mana anda berada. Anda boleh memuat turun aplikasi MyDistress, yang menghubungkan anda secara langsung dengan pihak polis sebaik sahaja anda menekan butang SOS. Ia akan menunjukkan lokasi anda dan menghantar mesej kepada pihak berkuasa, menjadikan ia mudah untuk anda meminta pertolongan sekiranya anda berada dalam situasi bahaya.
Satu lagi aplikasi yang berguna adalah Circle of 6 yang membolehkan anda memilih sekumpulan 6 orang (keluarga dan rakan-rakan) yang anda boleh menghantar mesej SOS pada satu masa serentak. Aplikasi ini direka buat anda untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku keatas anda. Jika anda rasa diri dalam bahaya, anda hanya perlu perlu hantarkan mesej pertolongan melalui aplikasi ini, supaya 6 orang yang anda pilih itu tahu keadaan anda dan boleh membantu.
2) Aplikasi yang memudahkan anda bergerak ke sana sini dan semestinya dengan selamat
Dengan bantuan sebuah aplikasi SOS, mengambil pengangkutan awam akan lebih mudah dan selamat untuk anda. Terdapat beberapa aplikasi tempahan teksi di luar sana sekarang yang boleh anda muat turun. Ramai wanita hari ini berasa lebih mudah dan selamat menggunakan aplikasi seperti Grab Taxi dan Easy Taxi untuk membantu mereka bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
3) Aplikasi yang membolehkan anda memantau dan mengawal perbelanjaan anda
Aplikasi ini mungkin salah satu aplikasi yang paling berguna buat anda, kerana ia membantu anda sedar perbelanjaan anda dan kemana wang digunakan. Ini sekaligus dapat mengawal perbelanjaan, agar anda tidak terlebih berbelanja sehingga pada hujung bulan terpaksa ikat perut kerana duit gaji sudah habis.
Aplikasi seperti Good Budget dan Wally adalah antara pilihan terbaik kerana ianya percuma dan mesra pengguna.
4) Aplikasi yang membantu keep track period anda
Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan anda merancang cuti, kehidupan peribadi, perancangan keluarga, dan juga membantu anda sedar apabila anda PMS!
Aplikasi seperti Period Tracker dan My Cycles membolehkan anda untuk mengesan kitaran haid, simptom pelik pada badan, perubahan mood dan aktiviti intim. Dalam jangka masa panjang, ia juga dapat membantu perancangan masa depan keluarga dan pemahaman yang lebih baik mengenai badan anda sendiri.
Sumber: Yahoo! News Malaysia