Kami tahu ramai pembaca Wanista yang sukakan travel, bukan? Bagi yang tidak suka travel secara solo atau berdua, bertiga — yang inginkan kelainan pada travel — travel beramai-ramai seperti satu keluarga, kami anda sediakan info menarik buat anda.
Ada satu agensi travel bernama Trip Adik Beradik memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman travel dalam kumpulan dengan menggunakan Caravan (ala, lebih kurang seperti filem ‘RV’ lakonan Robin Williams tu).
Trip Adik Beradik akan travel menggunakan Caravan ke pelbagai tempat di Australia yang menarik, luar biasa dan unik. Mereka juga akan explore tempat-tempat baru dengan kos travel ‘harga adik beradik’. Konsep ini adalah yang pertama, travel bersama Caravan di bumi kangaroo. Kini, mereka telah perluaskan destinasi travel mereka, tidak hanya fokus di Australia sahaja. Untuk pengetahuan semua juga, sekarang ini mereka sedang buka tempahan untuk travel bersama mereka, tahun hadapan!
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai mereka atau sebarang tempahan, anda boleh layari Blog Trip Adik Beradik, Facebook Trip Adik Beradik atau Instagram mereka @tripadikberadik. Anda juga boleh hubungi pihak mereka, Shaiful (0124972502) atau Nisa (0175007309).
Trip Adik Beradik menjanjikan pengalaman yang indah disamping anda bakal dapat ‘adik beradik baru’ apabila travel bersama mereka. Wah, mesti best kan? Jom lihat beberapa gambar Trip Adik Beradik sepanjang pengembaraan mereka untuk merasai sedikit kemeriahan travel beramai-ramai!
Seronoknya! Penulis pun rasa nak join!