Dengan wang dan kekayaan yang dimiliki selebriti Hollywood terkenal, seseorang mungkin berfikir mereka adalah seorang yang flawless, tiada kekurangan pada diri mereka daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.
Salah!
Walaupun, kini terdapat pelbagai teknik dan rawatan untuk memperbaiki apa saja kecatatan atau kekurangan pada wajah seseorang, namun ada sesetengah selebriti Hollywood yang tidak ambil peduli atas sedikit kekurangan pada diri mereka itu.
Sebagai contoh, rawatan pergigian biasanya menyakitkan dan masa pemulihan mungkin mengambil masa yang agak lama dan akan menimbulkan ketidakselesaan. Mungkin atas sebab itu 13 selebriti Hollywood ini tidak melakukan apa-apa perubahan pada gigi mereka yang agak kurang menarik. Namun, mereka tetap memiliki senyuman yang cukup unik dengan mengekalkan gigi asal mereka.
Sumber: Starpulse.com