WEIL Resources yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Thong Fook telah membuka hotel peneraju pertamanya di Malaysia. Hotel WEIL terletak di tengah bandar Ipoh, sebuah hab transit di mana para pelancong tempatan dan antarabangsa, pengunjung atas urusan kerja serta keluarga yang dalam perjalanan ke utara, timur ke barat dan ke selatan serta pengembara antara bandar berkumpul.
Dengan lokasi yang strategik, Hotel WEIL menawarkan para pengunjungnya kemudahan hubungan pengangkutan. Dihubungkan keretapi ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Lebuhraya Utara-Selatan dan Timur-Barat di Semenanjung Malaysia, hotel mewah ini berhubung dengan rangkaian pengangkutan yang sangat baik untuk menarik para pengunjung dari Malaysia sehingga Asia. Lapangan terbang Sultan Azlan Shah kini menawarkan penerbangan dari Subang, Johor Bahru, Singapura dan Indonesia (Medan).
Tarikan Hotel WEIL
1. Mempunyai 313 unit bilik dan suite yang dilengkapi dengan peralatan tempat tidur, perabot and kelengkapan bilik yang direka bentuk khas demi menjamin keselesaan dan keharmonian para pengunjung.
2. Kolam Renang Infiniti di aras bumbung yang menawarkan pemandangan indah lanskap Ipoh dan bukit-bukit batu kapur yang ikonik, gimnasium dan spa.
3. Pilihan restoran kepada para pengunjung termasuk Restoran Sepanjang Hari – Tiffin yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, Restoran Cina – Yuk Sou Hin yang menampilkan kemodernan masakan Kantonis, Tea Lounge dengan pelbagai pilihan teh, makanan ringan dan “English Tea-Time” serta bar gastro – The Deck di aras bumbung yang membolehkan para pengujung menjamu selera dengan pemandangan yang menakjubkan.
4. Terdapat 2 tingkat ruang upacara yang iaitu WEIL Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 900 tetamu, ruang foyer dan ruang teres dan 3 bilik mesyuarat di Tingkat 6 dan bilik persidangan (Conference Centre) di Tingkat 2 yang dapat memuatkan sehingga 600 tetamu dengan 2 bilik mesyuarat yang besar.
5. Para pengunjung juga dapat menikmati keistimewaan Hotel WEIL yang bersambung dengan pusat membeli-belah Ipoh Parade.
6. Hotel WEIL menawarkan percutian berkonsep moden kontemporari dengan lokasi strategik yang menghubungkannya dengan pelbagai lokasi terkenal seperti pelbagai bangunan zaman penjajahan, kuil gua batu kapur dan taman rekreasi dengan akses mudah ke pelbagai tempat pelancongan di bandar-bandar berhampiran.
Sempena pembukaannya, Hotel WEIL menawarkan harga promosi bilik bermula dari RM260++ termasuk sarapan, bar mini dan akses sambungan internet WIFI. Untuk meraikan musim perayaan hujung tahun, Hotel WEIL menawarkan pelbagai promosi F&B untuk Krismas dan Tahun Baru.
TIFFIN:
- Makan Malam Sebelum Hari Krismas RM150.00++ seorang
- Bufet “Brunch” Hari Krismas RM100.00++ seorang
- Makan Malam Hari Krismas RM100.00++ seorang
- Makan Malam Sebelum Tahun Baru RM150.00++ seorang
- Bufet “Brunch” Tahun Baru RM100.00++ seorang
- Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan dikenakan caj sebanyak RM45.00++ seorang untuk semua promosi di atas
- Tempahan Digalakkan
Yuk Sou Hin (Restoran Cina)
- Set Makan Malam Sebelum Krismas pada harga RM188.00++ seorang
- Makan Malam Sebelum Tahun Baru pada harga RM188.00++ seorang
- “Brunch” Dim Sum Tahun Baru – menu ala carte
- Tempahan Digalakkan
Hidangan Perayaan: Hidangan tradisi Krismas seperti Patung Coklat Krismas, Biskut & Gula-Gula Krismas, Biskut Halia Tradisional Jerman, kek “Stollen” klasik Krismas, Pai, Kek, Puding dan sebagainya.
Untuk tempahan, sila hubungi +605-208 2228 atau layari www.weilhotel.com
Gambar Sekitar Hotel WEIL, Ipoh