Pernahkah anda mendengar perkataan Paedophilia? Apa yang anda tahu tentang Paedophilia? Dan apa kena mengenanya dengan kanak-kanak dan ibu bapa?
Paedophilia adalah salah satu kelainan seksual di mana seseorang mempunyai minat atau hasrat seksual terhadap kanak-kanak yang belum memasuki masa remaja (di bawah umur 13 tahun). Individu pedophilia kebiasaannya terdiri daripada golongan dewasa (di atas umur 16 tahun). Mereka ini mempunyai kecenderungan dorongan seks terhadap kanak-kanak dan fantasi yang boleh mengganggu kanak-kanak.
Berdasarkan diagnosis pesakit pedofilia pada DSM-IV, seseorang dikatakan Paedophilia bila?
a. Dalam masa 6 bulan terdapat khayalan yang merangsang secara seksual, dorongan seksual, atau perilaku yang berulang dan kuat berupa aktiviti seksual dengan anak pre-baligh atau kanak-kanak (biasanya berusia 13 tahun atau kurang)
b. Khayalan, dorongan seksual atau perilaku menyebabkan penderitaan yang bermakna secara klinikal atau gangguan dalam fungsi sosial, pekerjaan dan lain-lain.
c. Seseorang dikatakan paedophilia sekurang-kurangnya berusia 16 tahun dan sekurang-kurangnya berusia 5 tahun lebih tua dari anak-anak yang menjadi mangsanya.
Apa yang boleh dikatakan ialah paedophilia ialah penyakit paling menakutkan, individu sebegini mempunyai imaginasi seksual ke arah kanak-kanak yang sangat ekstrem. Mereka juga mempunyai point-of-view yang berbeza bila melihat kanak-kanak tidak seperti orang biasa.
Kenapa seseorang itu menjadi Paedophilia?
Faktor seseorang menjadi Paedophilia sebenarnya adalah masih tidak diketahui. Tetapi menurut kajian pada masa kini, golongan Paedophilia adalah terdiri dari golongan yang mempunyai sejenis penyakit mental. Mereka juga mungkin mengalami trauma semasa kecil, seperti dicabul semasa usia kecil. Kekurangan sejenis bahan kimia didalam otak juga mungkin menyebabkan seseorang itu menjadi Paedophilia.
Kenapa Paedophilia tertarik kepada kanak-kanak?
Sesetengah daripada mereka dilahirkan dengan nafsu tersebut. Sama seperti seorang manusia normal, manusia normal mempunyai hawa nafsu terhadap kaum yang berlawanan (perempuan dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan).
Bagaimana cara Paedophilia mencari mangsa?
Dengan perkembangan dunia internet, Paedophilia boleh mencari mangsa dengan mudah, contohnya melalui laman sosial Facebook dan sebagainya. Mangsa selalunya diperdaya oleh Paedophilia, seperti disuruh beraksi bogel dan sebagainya. Jadi oleh itu, jika anda adalah seorang ibu-bapa atau penjaga kanak-kanak, amatlah penting bagi anda untuk mengawasi gerak-geri mereka supaya tidak menjadi mangsa kepada golongan ini.