Singkirkan masalah rambut dengan pembukaan semula salun penjagaan rambut Salon number76 bakal beroperasi di Mont Kiara khusus buat pencinta gaya sentiasa inginkan kelainan penampilan.
Bersama dengan tagline ‘76 gaya, cara anda!’, Ketua Salun number76 Mont Kiara, Steve Choo menjelaskan kemampuan salun terletak di Mont Kiara ini menampilkan gaya rambut lebih relevan dan, agak literal, terhadap teknik pemotongan dan dandanan rambut.
Layanan diilhamkan dari budaya Jepun hadir sebagai tambahan tarikan, membolehkan pelanggan selesa, berehat dan akhirnya muncul dengan penampilan gaya rambut terbaik.
Seiring kehadiran aliran media sosial yang semakin utuh kekuatan promosi dari mulut ke mulut juga memainkan peranan penting. Sekiranya seorang pelanggan tidak puas hati ia boleh merosakkan satu salun.
Salun number76 di Mont Kiara mengetengahkan konsep momentum dan mainan muzik tenang bagi melahirkan sentuhan suasana ideal dan menyeronokkan, namun ketenangan atmosfera dikekalkan menerusi terapan susunan lantai kayu vinil bersilang, kertas dinding bercorak bata, lekapan lampu industri dan susunan perabot vintaj selesa dan bersahaja.
Susun atur salun berkeluasan 1,800 kaki ini turut terdiri daripada 16 kaunter penggayaan, lima lembangan syampu (salah satunya memiliki tirai untuk VIP dan pelanggan bertudung) dan satu bilik VIP dilengkapi dua meja penggayaan.
Mujur, salun ini turut menawarkan sudut kanak-kanak dengan alat permainan, buku lakaran dan alat tulis bagi mengalih tumpuan si kecil supaya ibu mereka berkesempatan menjalani sesi “bersendirian”. Pada masa sama perancangan membuka satu lagi salun di Atria Damansara Jaya juga masih dalam perancangan.
Buat individu ingin memanjakan diri mereka juga berkesempatan menikmati perkhidmatan penjagaan kuku, rawatan kaki, gel kuku dan lain-lain rawatan kuku yang sudah disediakan.