Ketua kumpulan K-Pop terkenal, SNSD ataupun dikenali sebagai Girls’ Generation, Taeyeon dilabel sebagai seorang artis yang mencari publisiti murahan gara-gara telah memuat naik sekeping foto perutnya yang dihiasi dengan kulit limau! Foto yang mendedahkan bahagian perutnya itu dimuat naik sendiri oleh Taeyeon menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut laporan sebuah portal, foto tersebut membuatkan ramai pengikut Instagramnya tertanya-tanya apakah motif sebenar yang cuba disampaikan oleh Taeyeon menerusi foto itu.
Terdapat beberapa pihak yang menuduh Taeyeon sengaja menagih perhatian ramai dengan memuat naik foto tersebut dan tindakannya itu juga dianggap sebagai kurang matang. Lebih-lebih lagi, susunan kulit limau di atas perut penyanyi itu seakan-akan melambangkan bentuk mata dan juga hidung. Antara komen negatif yang diterima oleh beliau adalah:
Taeyeon, bagaimanapun tidak terganggu dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya, malah beliau memberikan komen:
“Ya, ini adalah perut saya kalau tidak siapa lagi? Nampaknya berat badan saya telah bertambah memandangkan aktiviti kurang. Kepada anda semua, banyakkan makan limau kerana ia kaya dengan vitamin.” tulisnya.
Sumber: Astro Gempak