White Elephant, Retail for Charity adalah cabang amal daripada BritishIndia dan kerjasama CSR bersama UEM Sunrise. Cawangan amal terletak di Publika Solaris Dutamas ini telah dibuka kepada orang ramai pada bulan November 2014.
White Elephant mempunyai produk yang tidak memenuhi ujian kawalan kualiti BritishIndia ini; sampel yang gagal untuk memenuhi pilihan pembeli; barang-barang yang sedikit rosak namun masih anggun untuk digayakan — zip rosak, sedikit bernoda; dan produk yang dihentikan pengeluaran daripada stor WH. Ia juga merupakan tempat untuk barangan yang didermakan dan barang-barang seperti pakaian baru dan tidak pernah dipakai, buku, alat permainan, dan lain-lain yang berada dalam keaadaan baik.
Perolehan daripada penjualan barangan yang didermakan akan disalurkan kepada badan-badan amal terpilih. White Elephant bertujuan untuk membantu yang tua dan yang sakit, memberi harapan dan peluang untuk golongan muda dan tangan yang sentiasa membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Anda boleh menghubungi White Elephant Retail for Charity di talian 03-6145 6888, atau layari http://whiteelephant.org.my, email [email protected] / [email protected], untuk maklumat lanjut. Anda juga secara terus bertanyakan kepada kakitangan White Elephant di Lot 8, Level G3, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, JalanDutamas 1, Kuala Lumpur.