Nippon Paint Malaysia telah melancarkan inisiatif ‘Trend Beyond Colours’ baru-baru ini dengan mengumumkan sembilan warna yang akan menjadi trend pada tahun 2015 dan 2016.
Warna-warna trend ini telah dikenalpasti oleh beberapa pereka dalaman dan arrkitek Asia yang terkemuka pada bengkel “Asia Pacific Chromazone Colour Forecasting” yang dijalankan di Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun ini. Majlis itu menandakan buat kali pertamanya pakar-pakar dari Asia bertemu bagi menghasilkan satu Palet Asia yang sesuai untuk rantau ini. Hasilnya, Nippon Paint merintiskan penghasilan Palet Warna Asia yang diperkenalkan di ‘Trend Beyond Colours’.
Salah satu trend utama yang dikenalpastikan adalah bahawa pengguna-pengguna kini berubah melangkaui sekadar warna sahaja, menganjak ke arah kesan tekstur untuk memberikan satu unsur perasaan ke atas dinding dan ruang dalaman.
Menampilkan sembilan warna merentasi tiga tema-tema berinspirasikan – ‘Just Me’’, ‘ Sacred Love’ dan ‘Revo-Evolution’ – tema-tema ini menggambarkan evolusi kesedaran sosio-ekologi yang kini meliputi seluruh Asia, menggalakkan sentimen kepelbagaian dari Asia.
Tema ‘Sacred Love’ menampilkan Persian Blue (NP BGG 1588T), warna yang diilhamkan daripada hadiah terbaik alam semula jadi; Dinosaur Gray (NP N 2042P) adalah pendirian terhadap pencemaran dan kemusnahan; manakala Esparina (NP BGG 1750A) merupakan sentuhan alam semula jadi dalam hutan konkrit yang kita diami hari ini.
“Just Me “ mengiktiraf keberanian orang-orang Asia hari ini – Yellow Jasmine (NP YO 1100D) mewakili peningkatan sifat berjiwa bebas terhadap individu tradisi masa dahulu; Pretty Box (NP R 1321P) menggerakan batasan jantina dan menggambarkan bahawa kuasa warna merah jambu boleh diggunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan dan Carrothead (NP AC 2065A) menyampaikan kespontanan dan prospek positif Asia terhadap kehidupan.
Tema ‘Revo-Evolution’ menampilkan Blue Award (NP PB 1520D), satu warna yang melambangkan rasa harapan dan sifat positif; Painted Frame (NP N 1904A) adalah merupakan satu kenyataan kuat kecanggihan; yang bagaimanapun bercanggah oleh tema Olde Rose (NP N 1893P) yang mewakili pencarian dalaman untuk perasaan keaguman dan juga hormat.
Warna-warna yang ditampilkan di Nippon Paint Trend Beyond Colours 2015/2016 boleh didapati dalam semua produk Nippon Paint, menyediakan kemasan untuk pelbagai permukaan termasuk jubin seramik, kayu, logam, dan banyak lagi.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nippon Paint dan Trend Beyond Colours, sila layari http://www.nipponpaint.com.my/.