Sebelum ini Wanista ada kongsikan mengenai Mońki Bakal Buka Butik Kedua di IOI City Mall Putrajaya November Ini.
Dan baru-baru ini, Monki, jenama fesyen Sweden telah meraikan pembukaan butik ketiga mereka di 1Utama Shopping Centre dengan mengadakan satu parti khas pada malam sebelum ia dibuka kepada orang ramai. Parti khas itu telah dihadiri lebih kurang 100 jemputan yang telah dihiburkan oleh pasangan DJ — Tunku Nadia dan Arabyrd.
Butik terbaru Monki ini terletak di 1Utama Shopping Centre di Level 1, New Wing. Anda boleh layari Facebook dan Instagram rasmi Monki untuk maklumat lanjut.