Corvan memperkenalkan vakum robotik pertama di Malaysia yang dilengkapi Sistem Pemetaan Berpandukan Laser untuk gaya hidup pintar sekeluarga. Warga kota boleh mengucapkan selamat tinggal pada pembersih vakum konvensional mahupun vakum robotik yang bergerak secara rawak dengan terhasilnya generasi baru pembersih vakum robotik Neato BotVacTM oleh Corvan, syarikat tempatan berstatus perintis yang pakar dalam penciptaan peralatan rumah pintar. Direka dan dibangunkan di Amerika Syarikat oleh pakar vakum robotik Neato Robotics, Inc., peranti pintar ini mengimbas persekitarannya sebelum merancang dan mencipta laluan pembersihan terperinci dan tepat untuk persekitaran rumah.
Ciri-Ciri Neato BotVac 85
PEMETAAN PINTAR
Asas teknologi robot Neato BotVacTM 85 terletak pada BotVisionTM yang telahpun dipaten, iaitu Sistem Pemetaan Berpandukan Laser yang berdasarkan teknologi Simultaneous Localization and Mapping (SLAM), yang sama seperti Kenderaan Tanpa Pemandu Google (Google Driveless Car)
Dengan BotVisionTM, peranti inovatif ini mengimbas persekitarannya dan memetakan susun atur dalam bentuk 3 dimensi waktu proses pembersihan. Ia membersih secara sistematik menggunakan logik akal seperti manusia dan bergerak pada kelajuan tetap secara teratur dengan keupayaan untuk menyesuaikan diri pada sebarang perubahan (contohnya pergerakan perabot, manusia mahupun haiwan peliharaan) daripada peta asal tersebut.
BENTUK D YANG UNIK
Dengan rekaan unik bersegi di hadapan, Neato BotVacTM 85 dilengkapi berus besar bersaiz sepanjang kelebaran mesin tersebut, membolehkannya membersih tepi dinding dan hujung penjuru dengan lebih rapi.
Rekaan ini juga membolehkan berus yang ditempatkan di hadapan robot untuk menyedut habuk, rambut dan kotoran lain pada laluan pertama, agar roda dan bahagian lain robot kekal bersih. Ia juga membebaskan robot daripada terbelit rambut dan pengumpulan habuk.
BERUS SISI MAGNETIK
Model terkini Neato BotVacTM 85 telah dipertingkatkan dengan berus sisi magnetik istimewa untuk pembersihan sudut yang lebih teliti. Berus sisi berpusing ke atas pada sudut dinding untuk membersihkan hujung yang paling dalam agar pembersihan maksimum dapat dilakukan.
BERUS HELIKS HIBRID YANG LEBIH LEBAR & BEKAS SAMPAH LEBIH BESAR
Berus Neato BotVacTM 85 merupakan berus yang paling lebar bersaiz 10.9 inci, menawarkan keberkesanan pembersihan yang tiada tandingannya apabila digabungkan dengan turbin penyedut rekaan enjin jet. Berus heliks hibrid (bulu dan bilah dalam bentuk heliks) menanggalkan kotoran degil yang terbenam dan membersih dengan lebih efisyen berbanding model terdahulu.
Sistem berus yang versatil ini sesuai untuk semua jenis lantai termasuk lantai berjubin, kayu, berlamina mahupun berkarpet. Bekas sampah berkapasiti 700ml mampu menampung lebih banyak kotoran, habuk dan alergen.
PENURAS HEPA EKSTRA BESAR
Penuras High-Efficiency Particulate Air (HEPA) bersaiz super yang berukuran 76cm2 memerangkap habuk dengan lebih efektif termasuklah partikel- partikel halus dan bulu haiwan peliharaan yang bersaiz sehalus 0.3 mikron dan pada masa yang sama kuasa penyedut kekal konsisten semasa proses pembersihan.
PENJADUALAN DAN CAJ SENDIRI
Fungsi Scheduling Neato BotVacTM 85 membolehkan pengguna untuk menjadualkan pembersihan harian serta menawarkan pilihan pembersihan setempat atau pembersihan multi bilik segera hanya dengan satu sentuhan butang.
Robot pintar ini juga akan mencari sendiri tapak cajnya untuk mengecaj semula. Sebaik sahaja ia dicaj penuh, ia akan meneruskan semula tugasan di tempat terakhir yang ditinggalkan.
PENANDA SEMPADAN
Neato BotVacTM 85 didatangkan dengan jalur getah yang diperbuat daripada magnet kekal untuk menghalang robot daripada memasuki kawasan-kawasan tertentu. Hanya dengan dua langkah mudah: potong mengikut panjang yang dikehendaki dan letakkan jejalur magnetik yang tidak memerlukan sebarang penyenggaraan di atas lantai.
Model berspesifikasi tinggi dalam siri BotVac, Neato BotVacTM 85 merupakan vakum robotik berkeupayaan tinggi yang terpintar dan paling berkuasa di pasaran Malaysia. Sempena pelancarannya, Neato BotVacTM 85 kini ditawarkan pada harga istimewa RM3,188 berbanding harga jualan RM3,788. Ia boleh didapati di kedai utama Corvan yang bertempat di Damansara Uptown dan juga 12 kedai-kedai jualan dan perkhidmatan lain di seluruh negeri.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 7728 8166, atau layari laman web rasmi Corvan di www.corvan.com.my atau lawati Facebook Page: Corvan Technology.