Sekiranya ikan duyung benar-benar wujud, sudah pasti gadis ini menjadi salah satu daripadanya. Sacha Kalis, sangat dekat dengan lautan, tambahan pula, beliau mula belajar berenang sejak kecil lagi. Kebanyakan masanya juga dihabiskan di dalam air.
Ibu beliau, Elena Kalis yang juga merupakan seorang jurugambar, memberi galakan dan sepenuh sokongan terhadap minat anaknya kepada lautan dan air dalam. Sehinggakan, Elena mempunyai idea untuk merakamkan keindahan cinta anaknya itu terhadap alam semulajadi dan lautan.
Menggunakan nama panggilan “Bahamas Girl“, fotograf tersebut mengabadikan potret tenang Sacha di dasar laut dan menunjukkan keakraban beliau bersama haiwan dasar laut.
Cantik, bukan? Anda juga boleh layari website dan Facebook Sacha untuk melihat lebih banyak lagi foto-foto menarik beliau.