Tahniah buat pelakon cantik Emma Maembong kerana menjadi artis tunggal Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam ranking 100 Most Beautiful Face tahun 2014, sebaris dengan artis terkenal dunia, anjuran portal hiburan dalam talian, TC Candler.
Emma menduduki tangga ke-71 dan dia berjaya menewaskan antaranya Rachel Weisz yang berada di tangga ke-98, Megan Young (93), Scarlet Johansson (81) dan Mila Kunis (74). Selain artis Hollywood turut tersenarai ialah artis wanita Jepun, Britain, Korea Selatan, India dan Perancis. Tempat pertama disandang oleh artis Korea Selatan, Nana.
Fakta
TC Candler dikenali kerana menyenaraikan 100 wajah pada skala global dengan mengambil kira faktor dalam budaya, gaya hidup, kerjaya dan darjah kemasyuran. Ia menerima berjuta-juta cadangan setiap tahun bagi memilih 100 wajah. 100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan.