Berhadapan dengan masalah liang pori yang besar di wajah? Masalah ini menyebabkan ramai wanita menrasa rendah diri akan penampilan mereka. Difahamkan, faktor keturunan dan jenis kulit boleh menjadi penyebab seorang wanita mempunyai liang kulit wajah yang besar.
Jadi, apa penyelesaiannya untuk mengatasi dan mengecilkan liang pori di wajah?
1. Facial Ais Batu –
Ingin mengetatkan kulit dan merumuskan liang kulit wajah yang besar? Anda boleh cuba melakukan facial ais batu di pagi hari. Air sejuk atau ais batu boleh mengetatkan kulit dan mengecilkan liang-liang kulit. Cara melakukan facial ini pun sangat mudah. Anda boleh lakukannya di pagi hari dengan cara, bungkus atau lapisi ais batu dengan tuala kertas(paper towel) atau beg plastik. Kemudian tekan ais batu tersebut ke permukaan kulit anda. Ais batu yang digunakan memang sebaiknya perlu dibungkus terlebih dahulu agar tidak membuat pembuluh darah tipis di kulit wajah pecah.
2. Tomato –
Tomato, buah satu ini ternyata mempunyai khasiat untuk merawat kulit. Kandungan lycopene yang berperanan sebagai antioksidan memberikan kesan cantik pada kulit. Mencerahkan kulit, memberikan kesan lebih segar dan bersinar, melindungi dari pendedahan cahaya matahari, mencegah kedutan akibat penuaan awal, dan semestinya membantu mengawal saiz liang.
Untuk mengecilkan liang kulit dengan menggunakan buah tomato, anda hanya mengikuti tiga langkah mudah berikut ini. Pertama, hancurkan 1 buah tomato merah, tambah 2-3 titis limau nipis. Kedua, aplikasikan sebagai topeng pada seluruh wajah dan biarkan mengering 15 minit. Terakhir, bilas dengan air hangat kemudian akhiri dengan menuam wajah menggunakan ais batu.
3. Menggunakan Masker Buah Strawberi –
Tahukah anda bahawa buah strawberi segar mengandungi asid yang boleh menjadi penyegar wajah alami? Buah dengan kandungan vitamin C yang tinggi ini pun boleh mengecilkan liang tanpa membuat kulit wajah jadi kering.
Pertama, siapkan bahan-bahannya terlebih dahulu, iaitu 3 buah strawberi matang (pilih yang organik), 1 butir telur (ambil putihnya sahaja), 1 sudu kecil madu dan 1/2 sudu teh air perahan lemon.
- Haluskan strawberi, boleh menggunakan pengisar.
- Campur strawberi dengan bahan lain, kacau hingga rata.
- Oleskan merata pada wajah dan leher yang sudah dibersihkan. Elakkan bahagian mulut dan mata.
- Biarkan 10 hingga 15 minit.
- Bilas dengan air hangat, tunggu 2 minit, lalu oleskan wajah dengan ais batu yang sudah dibungkus kain.
- Keringkan wajah dengan tuala bersih.
4. Mencegahnya Dengan Cara di Bawah –
- Elakkan asap rokok dan berhentilah merokok. Asap rokok boleh membuat liang jadi besar, kulit kusam, dan tidak lagi segar.
- Elakkan cahaya matahari yang boleh merosakkan kolagen dan memberikan kesan buruk lain pada kulit.
- Pakai sunblock bila berada di bawah cahaya matahari, sehingga kulit tetap dilindungi sepanjang hari.
- Pakai cleanser yang khusus untuk kulit berminyak sehingga boleh membersihkan secara maksimum hingga ke dalam liang.
- Seminggu sekali pakai topeng muka atau peeling khusus untuk kulit berminyak. Fungsinya mengangkat lebihan minyak di wajah, serta menyamar liang.
- Pelembab terkadang tidak banyak membantu, lebih utamakan pemakaian astringent sehingga melembabkan tanpa menyumbat liang.
5. Gunakan Peeling
Untuk merumuskan liang kulit wajah, kita perlu membersihkan wajah secara rutin setiap harinya. Sangat disyorkan untuk membersihkan wajah dua kali sehari, terutama saat sebelum tidur. Selain membersihkan wajah secara teratur, anda juga boleh menggunakan peeling bahan alami untuk mengangkat sel-sel kulit mati.
Anda boleh menggunakan buah epal atau timun. Caranya parut buah tersebut sehingga halus. Kemudian oleskan hasil parutan ke wajah yang sudah dibersihkan. Lalu urut kulit dengan lembut. Selepas itu bilas dengan air bersih dan keringkan menggunakan tuala bersih.