Jika anda perhatikan, penyanyi antarabangsa terkenal, Britney Spears sentiasa memastikan penampilan dan badan beliau terjaga dengan sempurna. Sejak remaja hingga sekarang, beliau sentiasa tampak cantik dan memiliki tubuh badan menawan yang menjadi idaman setiap wanita.
Kini, rahsia Britney Spears kekal cantik dan langsing telah terbongkar. Wanista kongsikan kepada anda semua apa yang diperlukan untuk memiliki tubuh badan hot seperti Britney!
Berikut merupakan jadual workout / diari kecergasan beliau yang perlu anda ‘tiru’.
Hari Pertama
Kardio dan angkat berat selama 45 minit
“Pergi ke gimnasium [rumah] saya untuk memulakan minggu saya dengan betul. Saya sukakan latihan yang efektif dalam masa yang singkat. Saya bermula dengan 20 minit intense cardio — biasanya berlari — melangkah ke angkat berat, latihan berat badan seperti pushups, squats, dan situps, kemudian selesaikannya dengan regangan.“
Hari Kedua
“Saya suka kelas ini. Ia bertenaga tinggi dan menggabungkan treadmill dengan latihan litar. Berada dalam persekitaran kumpulan yang mendorong saya untuk bekerja lebih keras.“
Hari Ketiga
Berenang selama 30 minit
“Empat puluh pusingan selesai! Kolam renang sentiasa membuatkan kadar denyutan jantung saya meningkat.“
Hari Keempat
Totally Drenched selama 1 jam
“Ia satu perkara yang baik saya mempunyai smoothie untuk sarapan pagi! Ada hari yang saya memerlukan tenaga tambahan untuk melalui set ketiga.“
+
Britney memberitahu, beliau juga minum campuran susu, ais, dan ViSalus shake mix sebelum latihan: “Ia adalah satu protein shake yang benar-benar mempunyai rasa yang baik,” kata beliau.
Hari Kelima
Menari selama 90 minit
“Kami sedang berehat daripada persembahan Vegas saya. Saya suka melakukan koreografi agar ia sentiasa kekal dalam fikiran saya. Chase dan Nikky [dua penari saya] datang bersama saya.“
Hari Keenam
Totally Drenched selama 1 jam; pusingan berenang selama 30 minit
“Masa untuk bersedia ke overdrive: dua latihan hari ini. Saya berasa benar-benar menakjubkan. Kolam renang melegakan saya selepas melakukan senaman yang memerlukan tenaga yang banyak. Saya akan tidur dengan nyenyak malam ini!“
Hari Ketujuh
Angkat berat dan kardio selama 45 minit
“Bangun awal pagi dan sediakan scrambled egg whites bersama roti gandum bakar sebelum saya ke gimnasium.“
Sumber: Women’s Health Magazine