Malaysia menduduki tempat kedua tertinggi dalam sekumpulan 62,000 pemegang visa yang terlalu lama tinggal di Australia pada tahun lepas, hanya selepas warga China, tetapi di hadapan Amerika dan Britain. Memetik maklumat daripada Jabatan Imigresen Australia, Sydney Morning Herald melaporkan 6,420 rakyat Malaysia yang tinggal secara haram tahun lepas berbanding 7,690 orang dari China, 5220 dari Amerika Syarikat dan 3,780 dari UK.
“Secara tradisinya jumlah tertinggi yang menyalahi undang-undang adalah dari Amerika Syarikat dan United Kingdom. Banyak daripada mereka fikir mereka Australia, dan berlaku sedikit kekeliruan. Sebahagian daripada mereka ini mungkin telah berada di sini untuk jangka masa yang panjang,” jelas Migration Institute of Australia President, Angela Chan.
Tidak seperti Malaysia, Australia tidak mempunyai hukuman yang keras untuk pendatang tanpa izin seperti tahanan, penjara dan sebat pendatang tanpa izin. Majoriti besar rakyat Malaysia telah belajar di Australia selama beberapa dekad, biasanya untuk melanjutkan pelajaran walaupun sejumlah besar akhirnya menetap di sana.