Melihatkan keadaan di Manek Urai Lama, Kelantan selepas banjir mulai surut boleh diibarat seperti bagaikan tsunami. Dengan sebahagian kediaman hancur berkecai hanya meninggalkan tiang, kemusnahan yang berlaku pada kali ini sungguh dasyat dan tidak terkata bertapa besarnya dugaan Yang Maha Esa.
Jadi, bagi membantu dan memudahkan serta meringankan beban mangsa banjir, sukarelawan diperlukan untuk membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Tarikh : 3/1/2015-5/1/2015
Masa: Akan diberitahu
Tempat: Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya
Tugas: Membantu membersihkan kawasan banjir,menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa
Jumlah diperlukan: 700 orang