Pelukis jalanan terkenal seperti Ernest Zacharevic, Rone, Elle, Addison Karl, Vexta, 4Some, Kenji Chai, Antanas Dubra, Don John, Tank Petrol dan Bibichun memberikan warna kepada setiap bangunan di Pulau Pinang. Pelbagai konsep diketengahkan untuk setiap lukisan seni jalanan yang sungguh realistik dan mengagumkan mata melihat.
Sebagai contoh, pelukis jalanan yang menetap di Berlin, Addison Karl juga turun padang. Seni yang dihasilkan Addison mewujudkan keharmonian, keseimbangan dan menambah kehidupan kepada dinding-dinding yang “mati”. Sentuhan Vexta pula seorang pelukis jalanan dari Australia. Vexta banyak menggunakan konsep kematian dan kelahiran semula dalam lukisannya.
Jom lihat antara seni lukisan jalanan yang penuh warna-warni dan diharap bandar lain meniru cara Pulau Pinang.