Pengumuman harga terbaru petrol di Malaysia sudah tentu menjadi antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang menyatakan harga Ron95 dan Diesel dijangka akan diturunkan pada RM 1.95 – RM1.90 seliter mulai 1 Januari ini.
Walaubagaimanapun, beliau juga berkata, pengumuman rasmi harga petrol dan diesel akan dikeluarkan pada 31 Disember ini (esok) oleh KPDNKK. Ahmad menambah beliau berharap perniagaan akan mengurangkan harga barangan dan perkhidmatan yang setimpal dengan penurunan harga bahan api.
Harga terkini bagi RON95 adalah RM2.30 seliter manakala disel adalah RM2.20 seliter selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi minyak baru-baru ini.