Pasangan Marian Rivera dan Dingdong Dantes bukanlah satu nama asing untuk anda. Antara drama yang menampilkan pasangan romantis ini sebagai teraju utama adalah Marimar yang ditayangkan di slot Telenovela TV3. Malah, pada 9 Ogos 2014 lalu, pasangan romantik ini sudahpun mengikat tali pertunangan, lebih menarik lagi lamaran tersebut telah dilakukan ketika secara live dalam sebuah rancangan televisyen.
Semalam, pasangan ini selamat bergelar suami isteri selepas melangsungkan majlis di Immaculate Conception Church, Cubao, Quezon City. Mendapat gelaran ‘The Royal Wedding’, gaun Marian pada majlisnya mendapat perhatian ramai, difahamkan Marian mengenakan busana daripada pereka fesyen Michael Cinco dan Dingdong pula dengan sut oleh Randy Ortiz.
Apapun, tahniah untuk pasangan penuh romantis ini dan dikurniakan baby yang comel nanti..:)
Jom tengok video eksklusif majlis perkahwinan mereka. Serius Romantik!