Untung siapa yang suka berjalan kaki. Ini kelebihan yang kamu perolehi.
Menyembuhkan penyakit jantung
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih lancar agar segar dan berfungsi normal untuk mengepam darah tanpa henti. Ini dapat membantu jantung untuk berfungsi dengan baik.
Mengurangkan risiko diserang stroke
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga!
Membakar lemak
Rutin berjalan kaki membantu meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan turut terbakar.
Melangsingkan badan
Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, berjalan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada pada badan terutama perut dan juga kaki. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam. Pada mulanya mungkin anda akan berasa penat, lama-kelamaan anda akan biasa dengannya.
Mencegah kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan. Kanser yang dimaksudkan adalah kanser usus besar Pergerakan badan membantu melancarkan peristaltik usus dan melancarkan proses buang air besar. Kanser usus dicetuskan oleh najis lama yang ada dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
Mencegah osteoporosis
Berjalan bukan hanya membuatkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan pergerakan badan dan disarankan untuk berjalan di bawah sinar matahari pagi selama 15-20 minit.
Mencegah kencing manis
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah diabetes, khususnya pada mereka yang berbadan gemuk. Selagi gula darah boleh dikawal dengan cara berjalan (brisk walking), ubat tidak diperlukan.
Depresi / tekanan
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diambil secara rutin oleh pesakit depresi. Jadi, jika anda berasa tertekan atau despres, berjalanlah kemana-mana untuk 20-30 minit. Mungkin anda akan berasa lebih tenang.
Selamat Beramal!