Yogurt mengandungi jumlah asid laktik yang tinggi, malah terbukti berjaya dalam penapisan liang, pengelupasan kulit dan merangsang pengeluaran kolagen. Tidak seperti kebanyakan exfoliants lain yang keras (seperti asid salylic), ia perlahan-lahan membersihkan kulit dan sesuai walaupun untuk jenis kulit yang paling sensitif. Malah, berkesan untuk kulit berjerawat. Madu membantu mengekalkan kulit yang lembut dan lembap. Ia juga berfungsi sebagai agen anti-mikrob dan juga boleh digunakan untuk merawat luka ringan mahupun berat. Dan disebabkan itu kami cadangkan anda buat facial mask daripada dua bahan ini saja. Mudah dan senang!
Apa yang diperlukan : yogurt dan madu – plain yogurt sahaja
Cara pembuatan : Ambil sedikit yogurt dan letak dalam mangkuk ataupun cawan, sedikit sahaja. Sedikit madu dimasukkan ke dalam adunan yogurt, sedikit memadai. Kacau sebati, bila adunan sebati letak di wajah anda secara perlahan agar ianya tidak tumpah dan merebak ke tempat lain. Kalau boleh, pakai tuala/cekak untuk halang rambut anda dari terkena facial mask. Biarkan facial mask selama 10 ke 20 minit, bagi kering. Lepas itu boleh cuci dengan air suam, jangan air sejuk pula. Lap dengan tuala kering. Kulit anda rasa lembap dan segar bukan. Lakukan facial mask setiap malam sebelum tidur kalau anda ingin hasil yang lebih baik.