PUMA mempunyai tahun ikonik pada tahun 2014, dengan penambahan koleksi yang berbeza daripada pakaian bergaya sekaligus menolak jenamanya terus ke hadapan sebagai salah satu jenama sukan terkemuka di dunia.
PUMA Ferrari Limitate
Pada Jun 2014, PUMA telah perkenalkan Limitate iaitu koleksi kasut edisi terhad — berkolaborasi bersama Ferrari. Kasut ini sangat unik dan ekslusif sesuai buat sesiapa yang mementingkan penggayaan kasut berkualiti tinggi.
Forever Faster
Dengan misi untuk menjadi Fastest Sport Brand in the World, PUMA telah melancarkan platform jenama global yang baharu, Forever Faster di Malaysia pada Ogos 2014.
Disasarkan kepada ‘Gamechangers’, yang merupakan atlet progresif dan aktif berumur 16-24 tahun, platform ini mengetengahkan nilai berani, kesungguhan, kegembiraan dan keyakinan.
Forever Faster merangkumi atlet yang menonjol sebagai individu melalui kedua-dua prestasi dan personaliti. Manusia terpantas dunia Usain Bolt tampil dalam Forever Faster TVC bersama ikon bola sepak Mario Balotelli, Sergio Agüero, Marta Vieira da Silva; pemain golf Rickie Fowler dan Lexi Thompson; dan Scuderia pasukan Ferrari Formula One.
Kasina X Disc Lux
Pada September 2014, PUMA bekerjasama dengan Kasina, kedai kasut yang berpangkalan di Seoul dan salah satu budaya jenama jalan yang terkemuka di dunia, untuk menambah sentuhan kecanggihan pada penggayaan kasut. Hasilnya adalah PUMA Disc Lux yang mengetengahkan fesyen berkualiti tinggi, sambil mengekalkan gaya pemakaian jalanan.
PUMA X BWGH
PUMA perkenalkan coretan liar dengan kerjasama mereka yang kedua bersama Paris-duo Brooklyn We Go Hard (BWGH) untuk Autumn / Winter 2014. BWGH menambah sentuhan kecanggihan Paris dan estetika untuk gaya lebih olahraga jalanan, mewujudkan garis pakaian yang menggabungkan kedua-dua gaya dan sukan bersama-sama untuk kelebihan gaya bandar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.puma.com.