Wanista berminat untuk berkongsi artikel yang diperolehi daripada portal berita mynewshub berkaitan dengan tips pengagihan sumbahan untuk mangsa banjir.
Memandangkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyumbangkan pakaian untuk mangsa banjir, salah satu cadangan bernas yang boleh digunakan buat masa kini ialah cadangan yang dikongsikan oleh Presiden Action Caring Team Malaysia, Datu Haji Mustafa Kamal.
Menurut beliau, kategorikan terlebih dahulu pakaian yang hendak didermakan mengikut jenis atau saiznya dan bungkus bagi memudahkan mangsa banjir memilih pakaian tersebut. Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan masa mereka memilih, tetapi juga memudahkan pihak sukarelawan yang kebanyakannya terpaksa mengasingkan terlebih dahulu baju sebelum mengagihkan kepada mangsa. Selain itu, ia dapat mengatasi masalah pakaian yang berselerak di pusat pengagihan sumbangan selepas dipilih oleh orang ramai.